Sunday, February 7, 2010

Koleksi Konglomerat Di Tasik Temengor, Perak (Pulau Banding)

























































Landskap Zhanjiajie (Devonian Taiyunguan and Huangjiadeng formations)







Saturday, February 6, 2010

Filem AVATAR Dalam Geopark Zhangjiajie, China








Pembikinan filem Avatar baru-baru ini telah menggunakan sebahagian lokasi kawasan Geopark Zhangjiajie, China (One of China's National Geoparks). Dari segi geowarisan, kawasan ini terdiri daripada Quatz Sandstone Peak (Batupasir Kuarza). Terdapat lebih 3000 batu pasir kuarza yang menegak (ceracak) atau tiang yang menjurus menegak (pillar) dengan ketinggian 400 meter. Barangkali boleh dijadikan sebahagian Monumen Geologi Of Zhangjiajie. Mengikut Buku Geoheritage of South East Asean, dizonkan sebagai elemen keindahan geomorfologi. Kehadiran sesar cenozoik (Cenozoic Fault). Disamping itu, kawasan ini terdapat gua-gua, topografi karst, kaya dengan tumbuhan Hutan tebal menghijau dll. Siapa sangka kawasan Geopark ini telah menjadi inspirasi dan idea pembikinan filem Avatar. Walaubagaimanapun, kebanyakan Geopark ini diadaptasikan sesuai dengan jalan cerita filem tersebut spt ceracak tergantung (bukan asal), kediaman makhluk didalam pokok dll. Jadi, cuba-cubalah tengok filem Avatar.


Wednesday, January 13, 2010

PJWDQ 13hb Jan 2010 : Candid Sebelum Majlis












Kerja-kerja persiapan sebelum Majlis bermula. Antara persiapannya ialah persediaan bahan pameran dan protokol sebelum menyampaikan penerangan.

Tuesday, January 12, 2010

PJWDQ 13hb Jan 2010 : Warisan Geologi Gua Kerbau
















Hari ini bertarikh 13hb Januari 2010 bertempat Bukit Keplu, Mukim Kodiang, Kedah pihak JMGKPPP mengadakan Pameran Warisan Geologi Gua Kerbau dan Penerangan Warisan Geologi Gua Kerbau. Penerangan disampaikan oleh Tn. Pengarah JMGKPPP dibantu oleh beberapa staff JMGKPPP termasuk penulis. Sebagai tanda kenangan pihak JMGKPPP telah menghadiahkan/cenderamata berbentuk poster dan Buku Geoheritage of South East Asian. Selamat maju jaya.

Tuesday, December 29, 2009

Khasiat Buah Pisang

Email : anuarani

Perhatian: Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mood dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mood anda.

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.

Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.
Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”

Wednesday, December 16, 2009

Sumber Mineral Menarik Yang Dijumpai di Malaysia











Sekilas Pandang

GeoPlayer


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Miliki Mentaliti Juara! Bukan Mentaliti Mangsa!

Anda sudah bosan menjadi 'mangsa' kepada kegagalan, kesukaran, terlepas peluang dan tidak dapat apa yang anda ingini? Jika anda ingin mengawal keadaan dan kehidupan anda, anda perlu memiliki satu gaya pemikiran yang saya namakan sebagai 'Mentaliti Juara'.

Apa itu 'Mentaliti Juara'? Apa bezanya dengan Mentaliti Mangsa? Mentaliti Juara ialah gaya berfikir positif orang-orang cemerlang. Orang yang mempunyai mentaliti ini berfikir secara optimis, proaktif, dan bertanggungjawab penuh terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka. Mereka tidak menyalahkan keadaan.

Baik, apakah sukan yang anda minati? katakan bola sepak. Apakah kelab yang anda kagumi? Ada? Saya ingin bertanya. Adakah pemain pasukan tersebut pernah menyalahkan padang yang tidak rata ataupun basah apabila kalah dalam perlawanan? Ataupun mereka saling menyalahkan sesama pemain? Ataupun menyalahkan pengurus? Ataupun manyalahkan penyokong dan jersi yang tidak cantik?

Jikalau sesebuah pasukan bola itu berfikir seperti 'mangsa keadaan', adakah mereka bersungguh-sungguh di padang? Apabila ada pemain lawan yang pandai menggelecek, adakah mereka berdiam diri dan berkata, "Alahai, apa hendak buat, mereka boleh beli pemain yang hebat...." Adakah begitu?

Tidak! Kelab pasukan yang hebat dan disanjung tidak berfikir seperti itu. Mereka tidak berasa seperti mangsa. Mereka tidak menyalahkan faktor luaran semata-mata. Sebaliknya, mereka mengambil tanggungjawab penuh terhadap apa yang sedang mereka hadapi. Mereka sentiasa memikirkan peluang dan berusaha mencipta ruang bagi memulakan gerakan dan menerobos ke gawang pihak lawan.

Jika padang tidak rata? Mereka fikirkan cara berhati-hati di kawasan tersebut. Kalau hujan dan basah? Mereka tukar kasut yang sesuai dan bermain dengan rentak permainan yang sesuai. Apabila pihak lawan ada pemain hebat? Mereka berkawal dengan lebih ketat dan berhati-hati. Apabila pengurus pemalas? Mereka usahakan mendapat pengurus yang baru. Mereka boleh melakukan apa sahaja kerana mereka mengambil TANGGUNGJAWAB PENUH terhadap apa yang mereka hadapi. Mereka tidak ada masa menuding-nuding jari ke arah orang lain dan berfikir seperti mangsa keadaan.

Jika anda ada peluang selepas ini, cubalah dengar komen ahli sukan yang kredibiliti apabila mereka tidak berjaya. Adakah mereka menyalahkan orang lain? kemudian, anda cuba dengar komen pasukan yang sering kali tewas. Apa yang mereka komen selepas tewas berkali-kali? Saya percaya, anda boleh membezakan mentaliti mereka yang cemerlang dan mereka yang sebaliknya.

"Orang yang mempunyai mentaliti ini berfikir secara optimis, proaktif dan bertanggungjawab penuh terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka. Mereka tidak menyalahkan keadaan"

Geologi Satu Bidang Pengkajian Menarik Bukan Semata-mata Tentang Batu

Melihat kepada panorama di dunia ini, pernahkah terlintas di fikiran anda beberapa persoalan kejadian alam yang unik. Antaranya ialah bagaimana kewujudan pelbagai jenis batu pasir, granit, batu kapur, konglomerat dan pelbagai lagi. Gunung Himalaya menjadi gunung tertinggi di dunia, kenapa ia terletak di India dan ajaibnya pula adanya letupan gunung berapi yang sangat besar seperti di Karakatoa di Indonesia dan beberapa tempat yang aktif seperti di Filipina, Amerika Selatan, Kepulauan Sulawesi dan kenapa pula tiada atau hampir tiada gunung berapi di Afrika, India, Australia malah di Malaysia? Apakah itu gempa bumi, bagaimana tentang kekuatannya dan yang penting sekali adakah negara kita selamat dari gempa bumi yang kuat seperti di Kobe, Jepun. Selain itu persoalan tentang sumber-sumber alam seperti bagaimana tentang kejadian dan terdapatnya petroleum, emas, perak, intan, timah dan lain-lain bijih lagi turut menarik perhatian untuk difikirkan.
Bagaimana pula tentang usia bumi ini? Adakah 20,000 tahun sahaja atau 10 juta tahun atau 1 ribu tahun atau lebih dari itu?

Bagaimana tentang keadaan bumi ketika itu? Bagaimana tentang fosil, tentang binatang perkasa yang dipanggil dinasour dan pokok-pokok raksaksa, tentang kepupusan dan revolusi mereka dari zaman lampau sehingga kepada bentuk seperti keadaan sekarang.

Sesungguhnya terlalu banyak lagi persoalan tentang kajadian alam yang unik ini dan tentunya ia manjadi cabaran dalam mendapatkan jawapan tentang persoalan yang menarik ini. Persoalan -persoalan in hanyalah sebahagian daripada pengkajian dalam bidang geologi. Geologi diambil dari perkataan latin bermaksud 'Kajibumi' iaitu suatu cabang ilmu sains yang mengkaji tentang kejadian batuan, pergerakan kerak bumi, gunung-ganang, serta kandungan bumi seperti bijih-bijih, emas dan permata serta seribu macam persoalan tentang bumi dan keunikannya. Ia menjadi semakin penting dewasa ini khasnya dalam mencari sumber-sumber baru dari bumi yang semakin terhad tapi keperluannya sangat mendesak seperti petroleum, keperluan air tanah, platinum, bijih-bijih perindustrian dan permata. Di samping itu, ia sangat perlu dalam kerja-kerja pembangunan sesebuah negara seperti bangunan tinggi, jambatan. terusan, empanagan, dan lain-lain agar kemusnahan besar dapat dielakkan. Ahli geologi juga sangat diperlukan dalam meramalkan kejadian-kejadian alam yang memusnahkan seperti gempa bumi dan letusan gunung berapi yang jika berlaku melibatkan taruhan nyawa yang bukan sedikit.

Persoalan mengenai geologi seterusnya lebih menarik jika dikaitkan bersama dengan kemungkinan-kemungkinan kejadian yang telah dan boleh berlaku di negara kita Malaysia yang tercinta ini. Antaranya bagaimana terdapatnya dua banjaran yang besar iaitu Banjaran Titiwangsa dan Banjaran Timur yang menjadi tulang belakang Semenanjung Malaysia. Dari batuan apa ia dibina dan kenapa pula ia menganjur dari Utara ke Selatan? Kenapa pula diantara dua banjaran ini, terdapat suatu kawasan yang agak luas yang sangat kaya dengan emas seperti Raub dan Bukit Koman di Pahang di antaranya sehingga 6.0 hingga 10.0 gram per tan dari batuan yang dilombong. Begitu juga di timur Semenanjung Malaysia yang bukan sahaja kaya dengan emas seperti di Lubuk Mandi dan Penjom, Kuala Lipis Pahang malah luar pantai Kelantan, Terengganu dan Pahang sangat kaya dengan petroleum yang bernilai tinggi yang sekarang menjadi salah satu sumber kekayaan negara. Bagaimana tentang kejadian Kondominium Highland Towers yang runtuh, kejadian runtuhan lumpur di jalan Genting Highland, runtuhan batuan yang memenuhi di Kilometer 21.8 Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) berhampiran Bukit Lanjan dan akhir-akhir ini tentang tanah runtuh di Bukit Antarabangsa. Bagaimana tentang gempa bumi di Malaysia dan jika berlaku gempa bumi di Sumatera yang dijangkakan boleh mencapai sehingga 8.5 pada skala Ritcher sahaja. Bagaimana pula tentang gunung berapi di Malaysia?.

Tapi antara persoalan menarik tentang Semenanjung Malaysia sekarang ialah benarkah bahawa Timur Semenanjung Malaysia yang meliputi Pahang, Terengganu dan Kelantan dan sebahagian Johor adalah dari benua yang berlainan dan bertemu dengan Barat Semenanjung Malaysia pada suatu masa jutaan tahun dahulu dan apakah bukti-bukti yang menyokongnya? Atau adakah Malaysia dahulunya dipanggil Gondawanaland dan kemudiannya hanyut ke tempat di mana ia berada sekarang? Inilah antara pelbagai persoalan geologi yang menarik di Malaysia yang boleh kita fikirkan bersama jika terdapat asas geologi di minda kita dan ini semua dapat diperolehi dengan mendapatkan bacaan tentang geologi yang banyak terdapat di pasaran ataupun perpustakaan.

Di Malaysia keperluan kepada pengetahuan dari ahli geologi semakin mendesak sedangkan negara hanya mampu mengeluarkan tidak sampai 30 orang geologi setahun. Keperluan ini boleh dicapai jika dapat ditanamkan minat kepada pelajar-pelajar pada masa persekolahan lagi dan bukannya setelah menjejaki menara gading. Kemungkinan sekarang, ramai pelajar tidak pernah mendengar apatah lagi memahami apa itu geologi. Tapi hanya mendapat sedikit gambaran tentang dinasour dari filem "Jurassic Park" sedikit masa dahulu. Jadi terpulanglah kepada generasi muda untuk mendalami tentang geologi bumi dan negara kita dan seterusnya memahami dan mencari jawapan persoalan-persoalan menarik bukan sahaja tentang persoalan di atas mahalan terdapat banyak lagi persoalan misteri di dalam bidang geologi. -Nahrafqifahs @ http://kgum.tripod.com/koleksi_artikel/artikel_01.htm

Total Pelayar Blog Ini

code goes here